Monday, July 30, 2012

~pasar malam~

assalammualaikum..huhu...rasa macam dah lama je x update blog nie..erm nak cite apa ye...ok..aq nak cite pasal pasar malam...banyak memory aq dekat pasar malam nie...semenjak aq pindah ke negeri sembilan ni sampai la aq dah besar..masa tu umur aq x silap la 8tahun...masa tu ayah aq sudah berhenti kerja under FELDA..dan berpindah ke negeri sembilan konon2 nak dekat dengan family dan senang nak balik kampung..masa  mula-mula pindah ke negeri sembilan ni memang susah la sikit coz ayah pon x dapat keje tetap..last2 sekali ayah dengan ibu ambik keputusan berniaga dipasar malam..alhamdullilah dengan berkat kesabaran ibu dan ayah diorang dapat lalui kesusahan ni..keseronokkan ayah pegang duit hari-hari dan sampaikan ayah dapat kerja tetap ayah menolak..

masa kecik-kecik

masa kecik-kecik ibu mengajar kami mencari duit dan merasa kepayahan mencari duit..ingat dulu time masa bulan pose macam ni aq disuruh niaga jual biskut sorang-sorang masa tu x silap aq umur aq 12tahun...sampaikan makcik-makcik tu tidak percaya aq boleh menjual sorang-sorang,ada la beberapa orang yang membeli sanggup nak tipu aq..sorry to say la makcik n pakcik ingat  saya tak pandai mengira ke..

bila dah besar


bila aq dah besar..aq dah jarang menolong ibu dan ayah coz dah sibuk dengan study lebih-lebih lagi aq dapat sambung belajar diperlis..lagi payah la aq nak menolong mereka..tunggu time cuti sem la nampak nye..macam sekarang ni aq dapat cuti lama dapat la tolong mereka..tapi yang aq x sanggup bila tolong ibu aq nak melayan pelbagai kerenah pelanggan tu..ishhh....kadang-kadang rasa nak marah je..bila fikir balik..kita ni nak mencari pelanggan kalau tak ada pelanggan tak ada la jualan..ermm...terpaksa tahan hati dan telingga je la..bila tengok pelanggan yang jenis tak sabar,nak marah-marah nie...rasa nak sound je macam nie..sabar la pakcik/makcik tunggu la turn orang lain pon menunggu jugak ingat acik sorang je ke yang ada kat sini/harga kat pasar malam nie murah-murah tak boleh lak nak beli dan marah-marah bila tak dapat murah tpi kalau kat shopping complex ke kfc ke tau mana-mana kedai boleh pulak beli tanpa tawar- menawar..x marah lak kat orang yang menjual tu mahal...ishhhh... xfaham la aq dengan kerenah orang nie..


jadi sekarang ni kalau aq nak membeli barang pun kalau nak tawar menawar hanya sekali je aq mintak kalau diorang tak bagi pon x apa lah sebab aq dah faham dengan keadaan meraka..mereka pon nak hidup senang gak ingat orang yang kerja ofis atau orang yang bekerja je yang hendak senang..mereka pon nak senang jugak...










anak peniaga pasar malam,
aneesanessa

No comments: