Thursday, August 23, 2012

RaYa~orang raya balik kampung,kami raya berjalan~


assalammualaikum..ishh sudah lama aq tidak update blog nie...mungkin kesibukkanku menolong ibu n ayah menyebabkan aq dah lama tak ber'blogging'..alhamdullah kita sudah memasuki raya ke-empat...macam mana perayaan anda ?ok?mestilah ok kan..mesti seronok dapat balik kampung n jumpa sanak saudara..saya?saya x balik kampung pon..saya g bercuti je...klo korang nak tau kampung saya ada dimana-mana je..dimana kami bercuti tu la kampung kami...huhu...macam tak percaya kan...istilah raya bagi kami dah x ada pape semenjak atok n nenek(belah ayah) dan wan (belah ibu)meninggal sejak beberapa tahun kebelakangan nie..kami beraya anak beranak je dengan saudara mara kat tempat lain..nape x balik kampung..ishh tu jangan ditanya kenapa..bagi kami hanya tinggal kenagan je..

raya pertama:
Balik-balik daripada niaga pukul 8pagi terus kami mengemas rumah sikit2 dan tido..bangun dari tido pukul 11 pagi n bersiap kami pon bertolak ke cameron highland...bayangkan sepatutnye perjalanan kami ke sana 4 jam boleh jadi berjam-jam disebabkan jalan jam..ermm tak sempat la nak berjalan sangat..disana kami menyewa apartment dekat taman lily,tanah rata untuk 3hari 2malam...






sempat berposing sebelum masuk apartment

raya ke-dua:
pagi-pagi lagi kami berkumpul untuk masak dan makan sarapan bersama-sama..seronok-seronok..huhu..lepas tu konon-konon nak pergi rose center last2 tak jadi kerana kesesakkan jalan raya..kami berpatah balik n singgah ke scorner farm untuk borong strawbery..huhu nyum2..


antara yang ada kat sconner farm



sempat berposing sebelum balik

petang tu disebabkan mak saudara n ibu tak puas ati tak dapat pergi ke rosecenter kami pergi lagi..alhamdllh jalan dah tak jem lagi...dapat la ibu n maksaudara borong sayur-sayur,strawbery,bunga n barang-barang cenderahati sikit..barang-barang kat sana pon murah-murah n tengok sayur mayur yang pelbagai memang nampak excited nak membeli...huhu...tapi tak beli banyak pon beli tok masak sok nye je...sok baru nak beli betul tok bawa balik..


keadaan kabus yang mula nak tebal membuatkan kami kesejukkan


raya ketiga

pagi-pagi bangun dan mandi pergghhh sejuk giler memang tak tertahan..selepas masak dan makan kami pun mengemas pakaian untuk pulang ke seremban balik...sebelum balik kami singgah dulu ke rosecenter tok borong sayur-mayur yang jarang kita jumpa kat seremban...banyak juga ibu borong..lepas tu lepaskan gian nak makan strawbery coklat,aiskrim strawbery,wafer n macam-macam kat strawbery farm brincang..walaupon tak berjalan sangat bagi kami memang best bila dapat berkumpul dengan saudara mara walaupon tak semua yang ada...



tak sempat nak bergambar..nie gambar time raye kedua..




raya keempat:
tak g mana-mana pun dok rumah dan mengemas rumah je...tunggu orang datang rumah kita...

ingin mengambil kesempatan sebelum berundur diri,


saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir n batin kepada saudara mara,kawan-kawan dan rakan-rakan yang mengenali kami sekeluarga..:)

>>kalau ada salah dan silap t'kasar bahasa,mengumpat ,kemungkiran semasa perkenalan kita harap dimaafkan..
>>minta dihalalkan seemua kekurangan dan kelebihan dunia &akhirat..
>>hati-hati semasa memandu dijalan raya ingat la org t'sayang..:)




salam raya aidilfitri,
khas dari kami

1 comment:

Mohd Lokman Bin Ramli said...

salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.

http://muslimbazaar.mnmall.me/
atau melalui
http://lokmanramli.blogspot.com/