assalammualaikum...
dah lama rasa nye ans tak update blog nie...dah cam bersawang...ari nie nak bersihkan sikit...
tajuk ari nie ans nak letak perkataan jangan...kebanyakkannye ans ambik dekat twitter adalah untuk diri ans sendiri...tapi ans nak juga sharing dengan korang..yang mungkin berkaitan dengan kehidupan anda ataupon tak...perkataan jangan nie ada dua jenis..sama ada digunakan untuk kita tidak melakukan perkara tu atau kita perlu melakukan...
1) Jangan menghina seseorang walau apa pun kisah hidup mereka kerana kita tak tahu apa akan jadi pada hidup kita pada saat yang akan datang.
2)Jangan pernah pandang kesalahan yang pernah dia lakukan, namun pandanglah semua kebaikan yang pernah dia lakukan
3)Kebanyakkan orang suka kutuk seseorang tanpa cerminkan diri sendiri bahawa adalah lebih teruk daripada orang tersebut.
4)Jangan hina seseorang dengan dosa yang telah dilakukannya pada masa lepas kerana dibimbangi dosa tersebut akan terjadi kepada kita nanti.
5)Manusia ada kelemahan dan kekurangan masing-masing.. Jangan jadi kan kekurangan itu sebagai alasan untuk anda patah semangat..
6)Jangan berani engkau berdebat dengan kedua ibu bapamu. Meskipun kau menang, berdosa melawan cakap mereka berdua.
7)Dia kaya ke. Dia miskin ke. Dia pandai ke. Dia bodoh ke. Dia pendek ke. Mohon jangan layan dia macam sampah. Dorang pun manusia.
8)Kita ni manusia. Kita pun tahu mulut manusia ni susah nak ditutup. So, jangan peduli apa orang nak kata. Yang penting kita jaga lidah kita.
9)Jangan menunggu waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu, karena waktu tidak akan pernah tepat bagi mereka yg menunggu
10)Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
11)Jangan terlalu banyak melihat kesalahan orang lain sehingga menutup kesalahan diri sendiri.
12)Jangan memburukkan seseorang kerana masa lalunya. Setiap orang pasti pernah salah dan setiap orang boleh belajar dari kesilapannya.
13)Jangan hiraukan mereka yang bercakap buruk dibelakangmu, kerana merekalah yang rugi sebab menghabiskan masanya memikirkan tentang dirimu.
14)Sekali lukakan hati ibu, sekali buat air mata ibu menitik, sepanjang hari dimurkai oleh Allah. Bila Allah dah murka, hidup tak aman.
15)"janganlah kamu menjadi orang yang jahat, bila ada DIBENCI bila tiada DISUKAI bila mati DISYUKURI"
16)Janganlah berburuk sangka, kerana buruk sangka adalah salah satu cara syaitan mencerai-beraikan Bani Adam.
17)Jangan marah kawan kita kalau mereka tersilap langkah sebaliknya doakanlah mereka supaya Allah memberikan kekuatan dalam diri mereka. :)
18)Jangan tanyakan mengapa seseorang membencimu, sebelum Anda tanyakan dirimu sendiri mengapa kamu peduli akan hal itu.
19)Jangan pernah membenci seseorang yang telah melukakan hati kita . Kerana orang itu juga yang pernah membuat kita tersenyum dan gembira ♥
20)Elakkan mengatakan orang lain bodoh, kerana kita sendiri bukanlah sepandai yang kita sangkakan...
21)Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita
n banyak lagi la...insyllah dengan sebarang larangan yang baik atau yang tidak baik akan kita ambik ikhtibar..jika ada yang menasihati kita terima la seadanye..kerana jika kita tidak terima nasihat nescaya hati kita akan jadi keras dan boleh menyebabkan kita x boleh menerima nasihat sesiapa lagi malah akan mengutuk dan juga mengeji mereka yang cuba menasihati kita..
Awasi lidah, termasuk penulisan di Twitter, Facebook n blog. Firman Allah, 'Kecelakaan besarlah bagi setiap pencaci & pengkeji'. (al-Humazah: 1)
Ya Allah mudahkanlah hatiku untuk bisa selalu bersabar, memaafkan orang yang menyakitiku dan mengikhlaskan. Aamiin :')
No comments:
Post a Comment