Tuesday, December 24, 2013

persada :)

assalammualaikum...lama dah tak update...mana tak nye bz sesangat sampai tak ada masa nak update blog nie...kekadang rasa nak close je blog nie...sebab tak ada masa...macam membazir je klo blog nie tak diupdate...walaupape pon anes tetap nak update juga la walaupon terbiar dikotak draf...

minggu nie adalah minggu ke 15 pembelajaran sem nie...dan juga minggu study week bagi student deegre...apa orang kata,minggu untuk balik kampung tok dapatkan berkat doa daripada ibu bapa sebelom final.. ramai tanye anes,anes tak balik ke minggu nie??bukan selalu balik ke?tak nak ambik berkat doa daripada ibu bapa?jawapan anes tak balik...anes just dapat kan berkat daripada panggilan telefon je...lagipon nak balik cam tak best nak balik dalam masa yang singkat atau terkejar2 nak blik sini...time study week nie la lecture banyak nak buat klinik la,nak hantar xsigmnt la,nak buat test la..tak best la bila jasad kat kampung tapi hati kat sini sebab risaukan mana nak hantar xsgment,mana nak jawab test n final lagi...better tak yah balik kan...

Dalam hati tak nak balik tapi sibuk gak melibatkan diri bagai dalam aktiviti sebelom final nie... baru-baru nie 20/12-22/12 anes melibatkan diri yang dulu tak pernah nak melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan unimap...tapi disebabkan sebelum nie anes pernah terniat hati nak menolong mangsa banjir tak kira la dari segi bantuan derma atau kudrat... bila dapat tau persada unimap(anak-anak atau cucu felda) nak buat bantuan banjir di terengganu..hati mula memberontak nak pergi..bukan main hepi bila dapat tau dia nak ambik orang tak kira la anak persada or tak...bila nama dah dihantar tetiba ditolak tak diberi terlibat dalam program tu..time tu memang patah hati sangat2..bila kita dah niat tapi tak diberi peluang hati nie rasa cam dihiris2 dengan sembilu cam orang putus cinta la katakan...

alhamdullih dalam kesabaran tu tetiba ada seorang ahli persada tarik diri ,nie memberi ruang kepada anes tok berbakti...syukur alhamdulliah tertunai juga hati nak pergi sana..walaupon ada yang menidakkan anes nak g kesana..bagi diorang anes kesana just nak berjalan bukan nak menolong...arghhh peduli apa..hanya allah saje yang tau anes nie ikhlas ke tak...hanya Allah saje yang tau..

20/12-21/12-habis je test manegement dalam pukul 9malam..kami semua bergerak ke terengganu..tempat yang dituju ada la felda seberang tayor yang dikatakan hampir semua kawasan situ ditenggelami air ..kami diberi tugas tok menolong apa yang patut pada penduduk felda..rupa2nye kami dah terlambat sembilan hari dan ada penduduk felda sudah siap membersih kawasan rumah mereka.. tak sampai dua jam kami siapkan tugasan kami..selesai je makan tengahari kami semua menuju ke tempat kediaman yang disediakan untuk kami..dan malam pelbagai aktiviti persada diadakan seperti tarian persada,permainan dalam kumpulan... oh yea..terdapat sembilan ipta yang terlibat dalam program persada nie... UMT,UM,UITM KEDAH,UITM S.ALAM, UITM  MELAKA,UNIMAP,UTEM,UTHM dan UNIZA .

22/12-program habis dan balik...

serius memang best la program nie...walaupon sekejap tapi seronok juga la..kita dapat beramah mesra dengan penduduk felda,dapat pulok kawan baru daripada pelbagai ipta..serius memang seronok..bukan tu je... semasa kami berhenti makan tengahari dekat rnr temerloh..dapat pulok jumpa dua orang daripada raja lawak iaitu abang rahim n abg man..mereka nie memang peramah habis..kami yang makan kat sebelah diorang nie asyik menahan gelak je dengan telatah diorang... apa2 pon diorang memang terbaik n tak sombong pon...

p/s- ikan patin tempoyak temerloh sedap beb..rugi sapa g sana tak merasanye...


nie la roomate sehari bersama..adik-adik daripada utem..



bersama-sama ex-housemate yang mengikuti program persada..


adik-adik yang sporting daripada uitm kulim dan juga shah alam...walaupon sehari baru kenal..tapi dah macam bertahun kenal depa nie...miss that moment...

No comments: