Saturday, October 20, 2012

merehatkan minda dengan berjogging...:)

assalamualaikum..
kebelakangan nie asyik sibuk je dengan tugasan,test dan sebagainye sampaikan kesihatan diri pon hampir terabai...dengan tak cukup tido,selalu menghadap laptop(mata jadi letih),tanpa bersenam(badan mula naik terutama sekali perut n punggung)..
alhamdullillah ada gak roomate @housemate nak berjogging...apa lagi aq pon ambik kesempatan merehatkan diri daripada berfikir dengan beriadah bersama-sama housemate...
seronok tak terhingga dapat pergi jogging sambil menghirup udara segar, menikmati suasana dan pemandagan yang indah dikawasan  sawah padi..disamping itu jugak dapat mengeratkan lagi hubungan kami sebagai housemate...:)
rasa tenang je bila anees tengok pemandangan yang hijau,bau-an yang segar n ada juga bau segar daripada pokok serai...fikiran yang kusut pon jadi semakin tenang rasa cam bebas daripada segala masalah walaupon seketika...rasa macam nak duduk lama je kat situ tapi nak buat macam mana waktu tak mengizinkan kami dok lama2 dekat sana...
sok masih ada lagi..rasa tak sabar je nak tunggu hari esok tok berjogging...walaupon orang kata kat perlis nie x ada pape..mAcam dok kat hulu je,x ada kemudahan seperti shopping complex dan sebagai nye..tapi aq berbangga dapat dok kat perlis nie kerana tempat nie juga la tempat aq belajar berdikari,mengenal orang ,budaya orang,belajar cakap dialek diorang,dapat kawan daripada serata malaysia(termasuk sabah n sarawak) n dunia(ada group lab dengan budak yaman n dak kelas daripada yaman,india,china,negeria n sebagainye..seronok dapat bergaul dengan mereka walaupon tak pandai sangat cakap b.i ,diorang juga peramah dan tak kedekut ilmu),kawasan dia tak sesibuk di kawasan selatan tanah air(k.L,n.9 dan lain-lain),walaupon tak banyak bangunan2 tapi kat sini dikatakan kaya dengan kehijauan(tanaman dan tumbuh2an) tu yang paling anees suka untuk menenangkan diri selain kawasan laut..
kalau rasa nak pergi berbelanja, langkawi pon dah dekat,padang besar,wang kelian,alor setar,thailand(danok,hatt yai n sbgnye..)..kira nak beli baju yang remaja suka pakai sekarang (skirt,maxi dress,gardigent,kasut) kat sini dua kali ganda lebih murah daripada belah selantan..sebab barang2 dia banyak datang daripada thailand...tu yang paling aq suka...kadang-kadang kalau pergi sana tak ingat dunia sampai tak perasan duit habis sampai beratus-ratus..memang rasa puas hati la orang cakap..

No comments: