Sunday, November 25, 2012

pontianak vs orang minyak..^_^

assalammualaikum,

apa khabar semua?sihat?amacam hari minggu anda?adakah membosankan atau ada je plan untuk jejalan..
klo membosankan apa kata ans suggest anda g tengok wayang ..sekarang nie panggung tengah tayangkan cite yang menarik2.. macam skyfall,rise of the guardian(2D),twilight saga:breaking dawn 2,pontianak vs orang minyak,istanbul aku datang,War Of The Worlds Goliath (2D),The Perks Of Being A Wallflower n macam2 lagi...
semalam ans sempat g tengok wayang cite pontianak vs orang minyak yang dilakonkan oleh johan(orang minyak) dan juga nabil(pontianak)..best juga la..tak la seboring macam sesetengah cerita melayu..


ponti(nabil) roh nye dibawa oleh ponti perempuan untuk berjumpa dengan ratu pontianak.   


 ketiak @omi(johan) seorang yang lembut dan juga telah di kecewakan oleh ramai wanita menerima pelawaan lembaga hitam untuk menjadi orang minyak.

sinopsis


Filem Ponti VS Omi mengisahkan pergolakan dua hantu, Pontianak dan Orang Minyak yang baru berkecimpung dalam dunia hantu, namun bagi menguji kepintaran hantu terbabit supaya diterima dalam kelompok hantu, kedua-duanya diuji untuk menakutkan penduduk Kampung Puaka yang turut di diami lima orang bomoh atau pawang.


Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau.

Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur. Ini membuatkan mereka mengambil keputusan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

nak tau apa yang terjadi anda kene la menonton nye...best beb..tergelak2 gak la orang dalam panggung..

No comments: