salam satu malaysia semua,
kat sini ans nak share satu info berkenaan pendaftaran ipta bagi yang still tak dapat masuk belajar..
kepada adik2,kakak,abg atau saudara saudari sekalian yang mana nak mendaftar masuk ipta sama ada pengajian diploma atau degree..kat sini ada sikit info ...
KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP
IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UniMAP, IPTA LAIN DAN POLITEKNIK (PREMIER) BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014
Adalah dimaklumkan bahawa iklan permohonan kemasukan ke UniMAP, IPTA lain dan Politeknik (Premier) bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dikeluarkan pada 6 JANUARI 2013 melalui akhbar-akhbar utama Malaysia.
Sehubungan itu, pemohon-pemohon yang berkelayakan SPM/Sijil/setaraf atau STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM/Diploma/setaraf adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Pengajian peringkat Diploma/Asasi atau Ijazah Sarjana Muda yang dibuka secara online mulai 7 JANUARI HINGGA 15 APRIL 2013 melalui website UPU di http://upu.mohe.gov.my/. Sila rujuk iklan permohonan untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan dan syarat-syarat kemasukan.
Jadual Tarikh-tarikh Penting Permohonan adalah seperti di lampiran.
PERINGATAN KEPADA CALON LEPASAN DIPLOMA:
Bagi calon lepasan Diploma, permohonan melalui UPU online adalah dibuka kepada calon-calon yang telah TAMAT PENGAJIAN sahaja. Calon-calon yang masih di semester akhir sehingga tarikh tutup permohonan tidak dibenarkan memohon dan perlu memohon pada sesi hadapan sehingga keputusan peperiksaan terakhir peringkat Diploma diperolehi.
Walau bagaimanapun, bagi pelajar-pelajar program Diploma UniMAP yang berada di semester akhir dan berminat untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di UniMAP, pelajar-pelajar adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan kemasukan secara dalaman melalui website UniMAP di www.unimap.edu.my. Permohonan ini akan dibuka mulai 1 MAC hingga 30 APRIL 2013.
Sekian Harap Maklum.
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Unit Kemasukan & Rekod Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar
Tingkat 3, Bgn. KWSP, Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-979 8706 / 7941 / 7845 / 8701;
Faks: 04-9798703;
3 comments:
Thanks for info! Tapi UPU start jual 7 jan kan?
start pndftrn 7hb nie...
Salam. Harap sihat sentiasa. Pakcik dari segmen http://jukdin.blogspot.com/2012/12/bloglist-blogger-baharu-2013-segmen.html dan berharap agar kita boleh saling 'follow' antara satu sama lain. Terima kasih dan Happy blogging!
Post a Comment